my BIG world

Azrina telah memperoleh apa yang dinginkan. Belajar di universiti terbaik di dunia, sekolah termasyur di Malaysia, tinggal di rumah impian, sebuah banglo di cerunan bukit, pemandangan nan hijau, damai dan menenangkan.

Cita-citanya masih terlalu tinggi, menggapai bintang kejeora. Memilih bidang pilihan kedua, namun cita-cita waktu kanak-kanak masih menebal. Ingin menjadi seorang penulis yang hebat. Setiap apa yang difikirkan dibaca oleh setiap lapisan masyarakat. Hingga saat ini, dia masih berusaha meneruskan impiannya walau suara-suara bangkangan yang nyata menjatuhkan semangatnya. Saat ini dia adalah pemerhati dan sangat bertuah dilahirkan pada era teknologi yang bercambah. Sekurang-kurangnya, inilah madah terbaik.

Dia sangat mengagumi beberapa makhluk di bumi ini. Kehebatan pemikiran anak muda pertengahan 20-an, kekuatan kata-kata seorang berjaya serta keteguhan pokok-pokok melawan hujan dan panas.

Kepada dunia dan isinya, segala-galanya menjadikan saya terlalu banyak berfikir